Sunday 30 October 2011

Gosip Artis ?

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Hai blogger.. :)
Topik kali ini berkenaan dgn artis-artis kita(Malaysia). Maaf , ini bukan gosip ye..
Saya tahu , kat Malaysia ni , banyak blog bercerita pasal artis kita.. Banyak juga yg saya baca..
Positif dan negatif semua ada.. Tapi majoriti more to negative.. Agak kesal juga bile baca yg negatif tu.. Bukan apa , kebanyakannya cerita-cerita yg terkeluar tu lebih kpd hal peribadi mereka iaitu hal-hal yg tak sepatutnya siapa-siapa tahu , apatah lagi peminat-peminat mereka . Malah ,ada cerita-cerita yg mengaibkan mereka . MasyaAllah..


Pembaca-pembaca sekalian ,
Sy tahu , ada yg memandang rendah dgn kerjaya sbgai seorang artis. Walau bagaimanapun , mereka juga manusia seperti kita yg sedang mencari rezeki . Jadi , jika kita kacau periuk nasi mereka , macam mana mereka nak dptkan rezeki tu ? Cuba bayangkan kalau kita berada dlm situasi yg sama. Mesti kita marah,benci dan tak suka. Begitu juga dengan mereka . Mungkin benar mereka ada melakukan kesalahan . Tapi mereka siapa ? Manusiakan ? Kita juga manusiakan ? Sebagai manusia , kita tak pernah lari daripada melakukan kesilapan atau kesalahan . Begitu juga dengan mereka . Jika mereka melakukan kesalahan , bukan kita yg menghakimi mereka . Kita bukan hakim . Hakim yg sebenar adalah Yang Berkuasa . 
Apa yg artis-artis Malaysia perlukan bukanlah kutukan tetapi sokongan . Percayalah , satu kutukan akan membuatkan mereka terasa down . Jadi , macam mana mereka nak perform dgn baik ? Kritikan adalah perlu kerana dgn satu kritikan , mereka boleh memperbaiki kelemahan diri mereka . Kita harus pandai membezakan antara kutukan dan kritikan . Ia adalah sesuatu yg berbeza .
Saling menasihati dan mengingati sgt perlu , bukan menjatuhkan aib mereka . Industri seni kat Malaysia berkembang sbb mereka . Mungkin ada yg tidak betul dgn cara mereka . Yg tak betul tu , tak perlulah sy sebut kt sini . Anda sendiri pun tahu . Sesuatu yg tak betul boleh dibetulkan . Sesuatu yg tidak baik boleh dibaikkan . Sesuatu yg tak berubah boleh diubahkan . Itu semua dgn izin Allah . Tapi sy percaya , Allah sentiasa mengizinkan sesuatu yg baik . Kalau Dia tidak mengizinkan , pasti ada sebab dan hikmahnya . Apa-apa pun , Only Allah Knows Everything .

Tuesday 25 October 2011

Masih Belum Terlambat !

Assalamualaikum ,

Hadith :

Riwayat Ibnu Mas’ud


Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:”Allah mengutuk wanita yang bertatu atau minta ditatu, wanita yang mencukur alis dan mereka yang meminta dicukur alis mereka, wanita yang membentuk giginya agar kelihatan cantik dan mereka yang mengubah ciptaan Allah.”

 _______________________________________________________________________________
Pembaca-pembaca sekalian (khususnya kpd yg beragama Islam ) ,

Saya bukanlah seorang ustaz , ustazah mahupun ulama' . Di sini , saya hanya ingin meluahkan dan menyuarakan pendapat saya mengenai topik yg saya akan tuliskan . Anda sudah baca hadis di atas ? Itulah topiknya . Seperti yg kita tahu , wanita merupakan hiasan dunia . Tanpa wanita , apa agaknya terjadi kpd lelaki ? Allah sudah tetapkan semuanya . Sebab itulah kita diharamkan untuk menyangkal hukum Allah .
Berhias diri sudah menjadi keutamaan dlm diri seorang wanita . Namun , berhias diri itu juga mempunyai hadnya supaya ia tidak melanggar apa yg telah ditetapkan oleh Allah .

Namun begitu , saya tidak dpt menafikan bahawa ramai wanita yg 'terlebih' menghias dirinya sehingga sanggup melanggar hukum yg telah ditetapkan oleh Allah . Allah melarang utk kita bertatu , tapi , ramai yg melakukannya . Allah  melarang utk mencukur bulu kening , tapi , ramai juga yg melakukannya . Banyak yg dilarang oleh Allah . 



Tatu
Ia adalah corak bersifat kekal kalau kita lukiskannya di atas kulit kita . Bayangkan kalau kita mati , bagaimana kita nak buangkannya ? Nak kikis ? Terseksa kita nanti . Kalau tak buang ? Maknanya kita akan menghadap Allah dlm keadaan bertatu .


Cabut atau cukur bulu kening
Masa saya sekolah rendah dulu , ustazah pernah bagitau , " Jangan cabut atau cukur kening , nanti nabi tak mengaku umat". Saya tahu , kalau cabut mesti sakit . Kalau tak caya , cuba tarik kening anda , sakit tak ? Apatah lagi kalau kita nak cabut berbulu-bulu . Kompem berair-air mata . Tapi nak buat macam mana , wanita zaman sekarang sanggup bersakit-sakitan utk cantik . Apa yang saya tahu , kita boleh cabut bulu kening kalau bulu kening tu berterabur dekat atas kelopak mata . Tapi , apa yg saya nampak sekarang , ada yg cabut sampai hilang kening ! Lepas tu ukir balik kening tu dgn celak . Celak pulak macam-macam warna pulak tu . Coklat la, merah la,ungu la. Apa cerita ?? Itu bukan lagi utk memperkemaskan kening . Itu sudah dlm katogeri menipiskan bulu kening .

Memakai Bracer
Saya masih ingat lagi semasa saya habis SPM . Saya pernah menyuarakan hasrat kpd mama saya utk merapatkan gigi depan saya . Maknanya kena guna bracer ( pendakap gigi ) . Tapi , mama tak bagi . Hairan juga saya . Saya agak mungkin kerana bracer tu mahal sangat kot . Lepas tu , mama panggil  saya  and tunjukkan saya hukum memakai bracer melalui internet . Sebenarnya tidak haram pun kalau nak pakai bracer kalau ada sebab-sebab tertentu contohnya gigi jongang . Kalau kita bergigi jongang , mesti kita rasa malu . Orang akan bercakap-cakap pasal kita , tengok kita pun macam nak mengejek . Ia akan menyebabkan kita rasa kurang keyakinan diri . Jadi ,situasi macam tu boleh nak pakai bracer .Tapi kalau pakai bracer utk tujuan kecantikan , lupakanlah . Memang tak boleh . Tu sudah lari dari landasan . So,bila saya dah tahu semua tu , sampai sekarang saya dah tak cakap pasal tu..hehehe..Paham-paham jela .

Menyerupai Imej Lelaki ( bernaluri kelakian)
Huh..yg  ni hot ! Sebab apa ?  Sebab yg ni banyak berlaku kat negara kita sendiri . So , tak payahlah kalau saya ambil contoh dari luar negara . Sebetulnya , saya agak terkilan dgn wanita yg berimej lelaki ni . Kadang-kadang , hati saya sentiasa berkata , tak cukup ke apa yg Allah dah berikan ? Muke,suara dah perempuan dah . Tapi gaya..mak aih..mengalahkan lelaki . Kadang-kadang tu , saya tak boleh nak bezakan lelaki ke perempuan . Hampir sama gayanya . Pendapat saya , perwatakan mereka ke arah kelakian itu yg mengiringi imej mereka . Mereka rasa diri mereka seperti seorang lelaki , jadi , mereka pun pakai macam lelaki . Maaf..saya bukan ingin menghina kaum saya sendiri . Mungkin mereka tidak minta utk dilahirkan seperti itu . Tapi , saya percaya , ianya boleh diubah slow-slow . Apabila naluri mereka ke arah kelakian , ada segelintir mereka yg meminati kaum sendiri ( perempuan suka perempuan ) . Ini memang sudah biasa berlaku . Ramai wanita kat luar sana terlibat dgn hubungan songsang . Nauzubillah....terbuktilah sekarang , kita sudah berada di akhir zaman .


Sama-sama Sedar !
Bolehkah saya berkata bahawa kita masih belum terlambat ? Pendapat saya , ya ! Kita masih belum terlambat sekiranya kita masih hidup . Tapi kita kena ingat , mati itu adalah sesuatu yg pasti . Ia akan datang tanpa sebarang amaran . Ia akan datang tanpa kita duga . Ia akan datang tanpa kita sangka . Jadi , sebelum ajal menjemput kita , marilah kita sama-sama grab peluang yg ada untuk membetulkan kesilapan dan menjadikan ia sebagai  bekalan semasa di akhirat kelak . Saya tidak kata saya seorang yg sempurna . Saya juga pernah melakukan kesalahan dan tidak akan pernah lari daripada melakukan kesalahan . Sebab itulah pentingnya kpd kita utk saling membetulkan kesilapan dan saling mengingati supaya kita dpt muhasabahkan diri kita . Sayangi apa yg kita ada sekarang . Sentiasalah bersyukur dgn nikmat yg dikurniakan walaupun ianya hanya sebesar kuman . 

Yang baik itu datang dari Allah . Yang buruk itu datang dari saya sendiri . Jika saya silap , betulkanlah saya . Anda mempunyai hak utk tegur saya kerana kita sama-sama manusia dan makhluk Allah . Apa-apa pun , Only Allah knows everything . Wallahualam.

Sumber :



Friday 21 October 2011

CURANG

Assalamualaikum....


Hi blogger ! The topic is CURANG . Saya pasti , anda pernah dengar perkataan curang kan ? Jadi , tak perlulah saya mendefinisikan apa itu curang . Banyak kisah pasangan curang yg saya dengar di luar sana . Tak perlulah kita mengambil contoh dari luar negara . Kita ambil contoh dari negara kita sendiri .




Lihat keratan akhbar di atas..yang sudah khawin pun boleh curang . Apa yg berada di fikiran mereka ? Curang adalah sesuatu yg sangat dibenci oleh org ramai . Namun begitu , seramai manalah org yg membencinya ?




Ini adalah fenomena yg kerap kali berlaku pada zaman ini . Isteri curang dengan suami . Tak tahu ke di mana letaknya syurga seorang wanita apabila sudah berkahwin ?


Luahan hati seorang anak ;
Without a name said " Assalamualaikum... Saya menghadapi satu masalah keluarga. Saya dibesarkan oleh ibu saudara saya. Saya menyayangi ibu saudara saya seperti ibu saya sendiri malah, saya memanggilnya dengan panggilan 'ibu'. Saya tinggal di Kuala Lumpur manakala ibu tinggal di Melaka. Tetapi, saya kerap pulang ke kampung ataupun menghubungi ibu, ayah ataupun adik. Masalahnya, ibu saya kini menjalin hubungan dengan beberapa orang lelaki diluar pengetahuan ayah saya. Untuk pengetahuan, ini adalah perkahwinan ibu saya yang ketiga.Ibu berumur 43 tahun yg mana sebaya dgn ayah.Ibu mempunyai 4 orang anak. Yang pertama, seorang perempuan tinggal di Klang. Dua daripadanya masih bersekolah dan yang terakhir masih berumur 3 tahun. Ayah saya seorang yang amat bertanggungjawab. Sepanjang perkahwinannya dgn ibu, segala keinginan ibu dituruti sehingga kini terpaksa menanggung hutang dengan beberapa bank tidak termasuk hutang rumah. Saya sendiri menanggung hutang bank untuk ibu. Malahan setiap bulan anak sulongnya juga mengirimkan wang sebanyak RM300. Untuk menunaikan permintaan ibu, ayah yg hanya bekerja jawatan rendah di jabatan kerajaan, melakukan kerja-kerja tambahan seperti mengecat rumah dan mengubah suai rumah. Akibatnya, keadaan kesihatan ayah semakin kurang memuaskan kerana terpaksa bekerja keras disamping menghadapi masalah penyakit kencing manis, darah tinggi, dan jantung. Dan kerana keadaan kesihatan juga, saya mendapat tahu yang ayah tidak dapat menunaikan nafkah batinnya dengan sempurna. Baru-baru ini, ibu meminta izin ayah untuk melawat ank sulongnya seorang diri. Ayah yg percaya pada ibu, membenarkannya. Mujur saya ada mengaktifkan perkhidmatan 'Friend Finder' pada telefon ibu, jadi saya dapat mengekori ibu. Dan akhirnya, saya bersama tunang saya dan anak sulong ibu dan bakal tunangnya, dapat menangkap ibu bersama seorang lelaki didalam sebuah bilik hotel murah dalam keadaan yang amat memalukan.Ibu mandakwa yang dia dipukau.Tetapi saya tidak percaya tetapi anak sulong ibu mempercayainya. Kerana sayangkan ibu, saya merahsiakan hal itu dari ayah memandangkan ibu pun berjanji tidak akan mengulanginya lagi. Tetapi, malangnya, saya mendapat tahu yang ibu masih berhubungan dengan lelaki-lelaki lain. Ibu semakin kerap bermain mesej dan bergayut ditelefon apabila ayah tiada di rumah. Untuk pengetahuan, ibu saya membuat kuih untuk dihantar ke kantin untuk membayar hutang kereta Proton Saga yang baru dibelinya walaupun ayah sudah mempunyai kereta. Sebelum itu, ibu memiliki kereta kancil. Malangnya kini, duit hasil jualan kuih yang sepatutnya untuk bayaran kereta digunakan untuk top-up menyebabkan ayah terpaksa mencari duit untuk membayar kereta. Sehinggakan adik yang bersekolah mengadu akan sikap ibu pada saya. Keadaan lebih mengusutkan fikiran saya apabila ayah juga mengadu kepada saya akan perubahan sikap ibu. Saya sangat buntu. Ibu saya seorang yang amat sukar untuk dibawa berbincang kerana setiap kali dia melakukan kesilapan, dia akan meletakkan kesalahan pada orang lain. Tambahan pula dia seorang yang amat bijak berkata-kata. Masalahnya kini, anak sulong ibu yang bekerja di lautan agak sukar dihubungi dan lebih mempercayai ibunya. Adik yang bersekolah pula tertekan dengan sikap ibu sehingga menghantukkan kepala pada cermin dan terpaksa dimasukkan ke hospital. Ayah juga tertekan kerana menghadapi masalah kewangan. Disamping itu, ayah pernah cuba berbincang dengan ibu tetapi ibu mengambil tindakan yang tak disangka dengan meminum sebotol ubat batuk. Oleh itu, ayah tidak sampai hati untuk menyuarakan perasaan dan masalahnya walaupun ibu berkali-kali mengatakan yang dia sudah tawar hati pada ayah. Tolonglah saya. Di saat anak sulong ibu ingin bertunang pada disember ini dan saya ingin melangsungkan perkahwinan pada awal tahun hadapan, hubungan ibu dan ayah pula bermasalah. Saya amat mengharapkan pandangan dan tunjuk ajar. Sekian. Wassalam."


See ? Ini luahan hati seorang anak terhadap ibunya yg curang . Perasan tak , pasangan curang byk datang dari seorang wanita . Saya tidak berniat utk jatuhkan martabat seorang wanita , tapi , itulah hakikatnya yg terpaksa kita terima walaupun saya juga seorang wanita . Namun begitu , saya tahu , masih ramai lagi wanita yg still taat kepada suami . Bila isteri baik , si suami pulak buat hal . Nampaknya sampai bila la masalah ni tak selesai .


Saya tak ada pengalaman curang atau dicurangkan . Tapi saya tahu macam mana sakitnya hati kita bila kita tahu pasangan kita curang . Setia bagai nak rak,tibe2 dapat tau pasangan kita curang . Tapi untuk topik curang nih kita tak boleh salahkan sebelah pihak . Tak kisahlah laki ke pompuan sebab dua2 tu saya rasa sama je . So fair and square la .




Tak nak perkara di atas terjadi kepada diri kitakan ? Jadi , berhati-hatilah memilih pasangan . Tapi kena fahami jugak konsep 'berhati-hati' and 'demand' . Berdoalah supaya kita dijauhi perkara-perkara mungkar itu . Isteri-isteri dan suami-suami di luar sana,sayangilah pasangan anda sepenuh hati . Say no to curang . Kepada pasangan yg sedang bercinta atau baru berjinak-jinak dengan dunia cinta,kita kena ingat,secinta-cinta kita pada pasangan kita,tu hanya sementara saja . Tiada cinta yg kekal melainkan cinta kepada Allah . Jadi , sebelum menyayangi pasangan kita , haruslah kita menyayangi Allah,keluarga dan diri sendiri terlebih dahulu . Dan muhasabah diri itu sangat penting . Apa-apa pun , Only Allah Knows Everything . Wasalam .

Wednesday 19 October 2011

I am a new comer ! ^__^




Assalamualaikum . . . .

Ok ! First time buat blog . Saya tak tahu kenapa hati ini tiba-tiba tergerak nak buat blog . Sebab saya tahu , saya bukanlah seorang yang rajin nak update blog . Tapi , apa-apa pun , saya akan cuba merajinkan diri untuk update blog saya ni . Selamat datang ! ^__^



Kenapa saya create blog ? Only Allah knows everything .