Sunday 30 October 2011

Gosip Artis ?

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Hai blogger.. :)
Topik kali ini berkenaan dgn artis-artis kita(Malaysia). Maaf , ini bukan gosip ye..
Saya tahu , kat Malaysia ni , banyak blog bercerita pasal artis kita.. Banyak juga yg saya baca..
Positif dan negatif semua ada.. Tapi majoriti more to negative.. Agak kesal juga bile baca yg negatif tu.. Bukan apa , kebanyakannya cerita-cerita yg terkeluar tu lebih kpd hal peribadi mereka iaitu hal-hal yg tak sepatutnya siapa-siapa tahu , apatah lagi peminat-peminat mereka . Malah ,ada cerita-cerita yg mengaibkan mereka . MasyaAllah..


Pembaca-pembaca sekalian ,
Sy tahu , ada yg memandang rendah dgn kerjaya sbgai seorang artis. Walau bagaimanapun , mereka juga manusia seperti kita yg sedang mencari rezeki . Jadi , jika kita kacau periuk nasi mereka , macam mana mereka nak dptkan rezeki tu ? Cuba bayangkan kalau kita berada dlm situasi yg sama. Mesti kita marah,benci dan tak suka. Begitu juga dengan mereka . Mungkin benar mereka ada melakukan kesalahan . Tapi mereka siapa ? Manusiakan ? Kita juga manusiakan ? Sebagai manusia , kita tak pernah lari daripada melakukan kesilapan atau kesalahan . Begitu juga dengan mereka . Jika mereka melakukan kesalahan , bukan kita yg menghakimi mereka . Kita bukan hakim . Hakim yg sebenar adalah Yang Berkuasa . 
Apa yg artis-artis Malaysia perlukan bukanlah kutukan tetapi sokongan . Percayalah , satu kutukan akan membuatkan mereka terasa down . Jadi , macam mana mereka nak perform dgn baik ? Kritikan adalah perlu kerana dgn satu kritikan , mereka boleh memperbaiki kelemahan diri mereka . Kita harus pandai membezakan antara kutukan dan kritikan . Ia adalah sesuatu yg berbeza .
Saling menasihati dan mengingati sgt perlu , bukan menjatuhkan aib mereka . Industri seni kat Malaysia berkembang sbb mereka . Mungkin ada yg tidak betul dgn cara mereka . Yg tak betul tu , tak perlulah sy sebut kt sini . Anda sendiri pun tahu . Sesuatu yg tak betul boleh dibetulkan . Sesuatu yg tidak baik boleh dibaikkan . Sesuatu yg tak berubah boleh diubahkan . Itu semua dgn izin Allah . Tapi sy percaya , Allah sentiasa mengizinkan sesuatu yg baik . Kalau Dia tidak mengizinkan , pasti ada sebab dan hikmahnya . Apa-apa pun , Only Allah Knows Everything .

No comments:

Post a Comment