Monday 2 January 2012

Tahukah Anda ?? [ini pasal budu]

Assalamualaikum ^_^


Anda kenal gambar di atas tu ??
Hahaha...itu budu !
Kenal budu ?
Tak kenal takpe..nak cite la nih....

Sejarah budu
Seperti yg kite tau,budu nih merupakan makanan tradisional masyarakat melayu di negeri Kelantan dan Terengganu (menurut sumber la..) . 
Ia diperbuat daripada udang bari atau ikan bilis yg telah dijeruk sampai hancur.

Input lain
Budu nih femes sebab sekarang ia dah jadi perhatian dan kajian para ahli pemakanan sihat dari negara Jepun,AS,Australia,New Zealand dan Jerman .

Khasiat-khasiat budu

  • Budu mempunyai glutahione sebagai bahan antioksidan,mengeluarkan sisa toksik dan meningkatkan daya tahan tubuh yg dapat memerangi pelbagai penyakit bahaya dan menghalang kanser .
  • Budu berpotensi melawan radikal dan dipercayai mampu menghalang proses penuaan .
  • Budu penghalang ceret-beret,penurunan kolestrol darah,pencegah penyakit jantung dan hipertensi.
  • Budu meningkatkan IQ dan turut bertindak membantutkan pertumbuhan bakteria raffinosa dan stokiosa yg boleh menyebabkan gejala flatulensi dan kembung perut.
  • Budu merupakan sumber vitamin B.
  • Budu merupakan pembekal protien yg tinggi.
  • Budu turut dikenali sbgai sumber serat yg baik.



Ohh..rupenye banyak khasiat budu nih..tak tau pun..
Selame nih main telan je..hahaha...
Even budu ni femes,tapi tak ramai yg suke makan.
Bile tanye ,
" Kenapa tak suke makan budu?"
dijawabnye,
" Euwww....ape class makan budu ! Tak moden la !"
Hahahaha...haiiyyyaaa~~~
Nyampah dgr..
Ace try sekali budu cap ketereh tu,,kompem meleleh..hahaha
So, tak payah nak euwww sgtlah ye...
Western food boleh makan,takkan budu yg memang makanan melayu ni tak boleh makan.
Budu je kot..ekekeke..
UNLESS kalau korang memang elergi budu..
Bile makan je terkena sawan..muahahaha (ini hanya gurauan)
~HABIS~
^_^


Monday 26 December 2011

Contohi Akhlak Rasulullah s.a.w Menyatakan Rasa Kasih Kepada Isterinya Dalam Kehidupan Seharian....( so sweet)

Assalamualaikum...

Saya sedang membuat research mengenai sunah-sunah Rasulullah..Tiba-tiba ada terjumpa satu forum yg membincangkan tentang akhlak Rasulullah s.a.w menyatakan rasa kasih kepada isterinya. Jadi,dengan suka citanya saya ingin berkongsi dalam blog yang tak berapa nak indah ini. Jom bace.. :)


Tidur Dalam Satu Selimut Bersama Isteri

Hadis dipetik daripada Atha' bin Yasar, katanya, "Sesungguhnya Rasulullah s.a.w dan Aisyah biasa mandi bersama-sama dlaam satu bejana. Ketika beliau sedang berada dalam satu selimut dengan Aisyah, tiba-tiba Aisyah bangkit. Baginda kemudian bertanya, "Mengapa engkau bangkit?" Jawabnya, "Kerana saya haid, wahai Rasulullah." Sabda Rasulullah, "Kalau begitu, pergilah, lalu berkainlah dan dekatlah kembali kepadaku." Aku pun masuk, lalu berselimut bersama baginda." (Hadis riwayat Sa'id bin Manshur). 

Memakai Wangi-wangian

Aisyah berkata, "Sesungguhnya Rasulullah apabila meminyakkan badannya, baginda memulakan dari auratnya dan menyapunya dengan nurah (sejenis bubuk pewangi) dan isterinya meminyakkan bahagian lain seluruh tubuhnya." (Hadis riwayat Ibnu Majah).

Mandi Bersama Isteri

Daripada Aisyah, beliau berkata, "Aku biasa mandi bersama dengan Nabi dengan satu bejana. Kami biasa bersama-sama memasukkan tangan kami (ke dalam bejana)." (Hadis riwayat 'Abdurrazaq dan Ibnu Abu Syaibah).

Menyikat Rambut Suami

Daripada Aisyah, beliau berkata, "Saya biasa menyikatkan rambut Rasulullah. Saat itu saya sedang haid." (Hadis riwayat Ahmad).

Meminta Isteri Meminyakkan Badannya

Daripada Aisyah, beliau berkata, "Saya meminyakkan badan Rasulullah pada Aidiladha selepas baginda melakukan jumrah aqabah." (Hadis riwayat Ibnu 'Asakir).

Minum Bergantian Pada Tempat Yang Sama

Daripada Aisyah, beliau berkata, "Saya biasa minum daripada cawan yang sama ketika haid, lalu Nabi mengambil cawan itu dan meletakkan mulutnya di tempat saya meletakkan mulut saya. Lalu baginda minum, kemudian saya mengambil cawan, lalu saya menghirup isinya. Kemudian baginda mengambilnya daripada saya, lalu beliau meletakkan mulutnya pada tempat saya meletakkan mulut saya, lalu beliau pun menghirupnya." (Hadis riwayat Abdurrazaq dan Sa'id bin Manshur).

Membelai Isteri

Dalam hadis diceritakan, "Adalah Rasulullah tidaklah setiap hari melainkan baginda mesti mengelilingi kami semua (isterinya) seorang demi seorang. Baginda menghampiri dan membelai kami dengan tidak mencampuri hingga beliau giliri waktunya, lalu baginda bermalam di tempatnya." (Hadis riwayat Ahmad).

Tidur Di Pangkuan Isteri

Daripada Aisyah, beliau berkata, "Nabi biasa meletakkan kepalanya pada pangkuanku walaupun aku sedang haid, kemudian baginda membaca al-Quran." (Hadis riwayat Abdurrazaq).

Memanggil Dengan Kata-kata Mesra

Rasulullah biasa memanggil Aisyah dengan beberapa nama panggilan yang disukainya seperti 'Aisy' dan 'Humaira' (pipi merah delima).


Sangat romantikkan? Terkedu sekejap bila baca. Lihat,simple sahaja apa yang dilakukan oleh Rasulullah. Semoga akhlak baginda dapat dijadikan tauladan kepada kita semua.

Untuk yg masih mencari , mungkin anda pernah mendengar  ungkapan ini ;

Mengapa dicari secantik Balqis, andai diri tidak sehebat Sulaiman..Mengapa mengharap teman setampan Yusof jika kasih tidak setulus Zulaikha..Mengapa mengharap teman seteguh Ibrahim andai diri tidak sehebat Siti Hajar..Mengapa didambakan teman sehidup yang sempurna Muhammad jika ada keburukan pada diri..Bimbinglah dirinya dan terimalah kekurangan itu sebagai keunikan..Carilah kebaikan itu pada dirinya. Bersyukurlah kerana dipertemukan dengannya dan berdoalah dia milikmu.. (^_^)

Berusahalah..semoga kalian sentiasa diberkati oleh Allah .


6 Jenis Zina Yang Patut Diketahui

Assalamualaikum ! ^_^

Khas untuk pasangan yang sedang bercinta.
Mari kita renungkan bersama sebentar jenis-jenis zina yang mungkin kita telah lakukan tanpa kita sedari ;


1.Zina hati
Terjadi apabila kita sentiasa teringat kepada pasangan kita hingga terlupa kepada Allah.

2. Zina telinga
Mendengar ayat-ayat jiwang dalam telefon yang telah diungkapkan oleh pasangan. Contohnya I love u. I tak boleh hidup tanpa U. Sebab U I sanggup renangi lautan api.

3. Zina lidah
Bercakap perkara-perkara yang tak elok dan memujuk rayu sampai pasangan kita tu cair.

4. Zina mata
Melihat si kekasih ( perempuan melihat lelaki,lelaki melihat perempuan) dengan penuh nafsu.

5. Zina tangan
Memegang , menyentuh dah membelai pasangan kekasih.

6. Zina kaki
Pergi berjumpa kekasih dan pergi ke tempat-tempat maksiat.

Semoga Allah menjauhkan kita daripada perkara-perkara mungkar tersebut. Bercinta bercinta jugak,tapi agama jangan lupa. Utamakan dulu apa yang utama. Kalau tak,menyesal nanti. Apa-apa pun, Only Allah Knows Everything.







Apabila diri sendiri menjadi OC ^_^

Assalamualaikum...

Hahahaha..(takde motif tibe-tibe je ketawe)
Entry yg kedue utk arini...
Tibe-tibe tgn ni gatai nak menaip..weeee~~~~(gedik)

OC?
Ape tu?
Orang comel?
Orang cantik?
hahaha...bukan...
OC tu maknanye orientation comittee...
Saje nak tulis pasal OC nih sebab banyak kenangan mase jadi OC...

Saya mula tau pasal OC nih masa saya part 1..
Abang-abang n kakak-kakak OC yg handle orientasi ktorang..
So,,paham-paham jela bile kena lalui orientasi..
Sampai saya sendiri pun tak suke diorang nih..
Menyusahkan je...hahaha..maaf ye abang-abang n kakak-kakak OC.. ^_^
Bukan saya sorang je yg cakap macam tu,ramai lagi..ade yg lagi teruk..
Mase orientasi dulu saya tgk dorang macam relax je sebab ktorang yg part 1 nih penat giler !
Sangat penat!

Tapi..bila dah jadi OC....
Nah ! Rasakan ! hahahaha...
Baru saya tau macam mane perasaan mereka masa handle ktorang dulu..
First time jadi OC mase sem lepas...intake Mei-November..
Perghhh! UiTM macam sardin !
Ramai giler !
Almost 3000 orang plus dgn budak kuantan (mereka tumpang orientasi)
Mase tu saya sebagai biro disiplin..
Memang lagi terkena !
Patutlah mase part 1 dulu OC selalu marah-marah.
Memang patut pun marah..jalan pun lambat! Sebijik mase saya part 1 dulu..hahaha!
Memang tak dinafikan,jadi OC sangat penat.
Depan student nampak cool je.
Yelah,takkan nak tunjuk..(konon kuat)
Dah sedaya upaya utk kontrol marah,tapi termarah jugak..
Tapi marah bertempatlah.
Kalo tibe-tibe nak marah,nampak sgt gile kose !hahaha..
Bila dah handle orientasi , macam-macam la kerenah student nak kena layan.
Itulah,inilah !
Bila teringat balik , wahh mase part 1 macam ni lah !)(tapi saya tak :p)
Macam ni rupenye bile jadi OC..
Penat sangat !
Tapi enjoy jugak la..
Utk sem baru-baru ni,saya biro sukan.
Yg ni heaven sikit.
Biro ni bukan buat ape sgt pun..
aerobik pun tak jadi.
Tapi lega sikit , intake november-mac tak ramai sgt..about 1300 je. (hekmu tak ramai!)
Tapi kire oklah..budak-budak pun tak ramai yg wat hal..
Mungkin sebab intake kali nih ramai yg berumur.
Tapi,so far,semuanya ok.
Penat tapi best !
Sebab mase jadi OC saya dapat ramai kawan dari sume kelab.
Kelab EAC,Peers,JPK,Sukan and paling best MPP.
Then,selain dalam komander,jadi OC ni saya boleh improve communication saya dgn orang ramai.
Dulu malu-malu kucing nak cakap dekat depan orang ramai..
Tapi sekarang..Alhamdulillah...
Takde masalah kot . ^_^

Kat bawah ade gambar-gambar kenangan masa jadi OC..
Tengoklah gambar-gambar OC yg penat tu!




























 Jeng..jeng..jeng !
Tamat !


Saya sangat merindui dia !

Assalamualaikum....

Bismillahirrahmanirrahim....

"Ya Allah ya Tuhanku...sesungguhnya aku sangat merindui sahabatku yg satu ini ya Allah..
Begitu cepat Kau menghantarkannya kepadaku,begitu cepat juga Kau mengambilnya dari ku.
Sedihnya ya Allah..sakitnya hatiku seperti dilapah dan disiat-siat. Ampunkan sahabatku ya Allah..ampunkan segala dosa beliau ya Allah...jauhilah beliau dari sakitnya siksaan kubur ya Allah..tempatkanlah beliau dalam kalangan hamba-hambaMu yg beriman. Amin...

Saya mempunyai seorang kawan. Namanya Maizatul Asma binti Abdullah. Saya mengenali beliau sejak zaman sekolah tadika lagi. Tapi masa tu tak lah terlalu rapat. Kenal-kenal macam tu je. Start darjah 3,saya pindah sekolah dekat rumah mama (sebelum ni sekolah dekat rumah atok ). So,saya fikir saya dan beliau takkan berjumpa lagi. Masuk tingkatan dua, saya sekolah balik dekat rumah atok . Masa tu saya jumpa beliau lagi dan ktorang satu kelas. Mula-mula tu saya tak rapat sangat dengan beliau. Then,bila exam,ktorang duduk dalam top 3..so masa tu baru ktorang baik..masa tu masing-masing tengah bersaing..ktorang fight sampailah ktorang form 5...lamekan? Tapi,ktorang masih lagi rapat gitu-gitu aje...gaduh-gaduh sikit tu ade la...tapi still lagi baik..
Cerita ktorang rapat bermula bila habis je exam SPM..
One night,dia mesej saya.

 Beliau tulis " Ayin,jom amek lesen same-same nak tak?"
Kebetulan,saya memang nak amek lesen mase tu. So saya pun setuju. Start pada tu la saya n beliau rapat. Masa tu,macam-macam cerita ktorang kongsi. Segala masalah ktorang share same-same. Kadang-kadang dia datang rumah saya,kadang-kadang saya datang rumah dia...begitulah seterusnya...
Bila result SPM dah keluar,saya n dia dapat result yg sama...suka la masa tu sebab fair and square walaupun dua-dua jatuh sikit..tapi ktorang cool jek,, ^_^
Ditakdirkan pula ktorang dapat tawaran sambung belajar dekat tempat yg sama,UiTM Jengka . Program pun sama ! Happy betul masa tu ! Masa tu,ktorang lagi rapat...
Ktorang wat medical check up same-same.
Ktorang setelkan PTPTN same-same. 
Semuanya same-same.

Semuanya berubah bila....
Satu hari saya dapat berita yg beliau eksiden.
 Masa tu semiggu sebelum mendaftar UiTM...
Saya terkejut n ingat ke eksiden ringan-ringan.
So sy terus mesej dia. No respon.
Malam tu,saya dapat mesej dari salah seorang kawan saya yg menyatakan bahawa beliau KOMA.
MasyaAllah...tersentap terus hati saya. Saya tak percaya .Masa tu saya terus mesej ayah beliau.
Last2 ayah dia bagitahu yg dia kena pindahkan dekat HKL ( Hospital Kuala Lumpur) .
Risaunya saya masa tu. Setiap hari saya mesej ayahnya untuk tahu perkembangan beliau. 
Tapi jawapan tetap sama...masih tak sedarkan diri...
Masa mula-mula daftar dekat UiTM,sayu je hati rasanya..bukan tak suka,tapi lagi best kalau beliau ada sekali dengan saya..tapi saya kata dekat hati saya,takpe,beliau sedar nanti beliau akan berada dekat dengan saya.
Tiga bulan saya tunggu beliau...tak ada respon juga. Paling sedih masa hari lahir beliau...beliau masih tidak sedarkan diri...kesiannya ya Allah...tentu beliau sangat menderita ketika itu..

Masanya sudah tiba...
Masa tu saya baru balik dari camping dekat gunung senyum. Masa tu dalam bas. Saya on handphone. Masa kem ktorang tak boleh bawak fon. Tapi saya bawak je,cuma tak on je,.
Saya dapat satu mesej dari ayah beliau..
Ayah beliau kata beliau telah kembali ke rahmatullah...
Masa tu ya Allah,...hanya Allah saja yg tahu perasaan sy..
Dalam bas tu jugak sy menangis..
Sedihnya sehingga tak boleh diungkap dengan kata-kata.
Sampai saja bilik,sy menangis sepuas-puasnya.


Banyak sangat benda yg sy nak beritahu beliau. Banyak sangat cerita sy nak kongsi dengan beliau. Banyak perkara yg saya terkilankan...
Banyak sangat...
Saya sangat merindui beliau..
Saya sangat menyayangi beliau..
Sampai sekarang saya masih terasa yg beliau ada lagi..
Rindu sangat-sangat.. ;'(
Menangis keluar air mata darah pun tak guna..
Beliau tetap tak kembali...
Saya hanya mampu berdoa dan sedekahkan al-Fatihah kepada beliau..
Al-Fatihah....


I miss you like crazy my friend.. ;'(
Allahyarhamah Maizatul Asma binti Abdullah












































Saturday 10 December 2011

Fadhilat-fadhilat Membaca dan Mendengar Al-Quran

Assalamualaikum...


Entry kali ni saya nak share tentang fadhilat membaca dan mendengar Al-Quran. Baca sekejap ye.. Lima minit je  ^_^




Antara fadhilatnya ;



# Dapat menghilangkan kekotoran hati dengan banyak berzikir, banyak mengingati mati dan membaca al-Quran.
# Orang yang membaca Al-Quran dan berzikir akan dikunjungi para malaikat dan syaitan tidak akan memasuki rumah yang sentiasa didengari Al-Quran dan berzikir. Ahli keluarga rumah tersebut akan dilindungi dari gangguan syaitan.
# Orang yang berzikir atau berzikir di dalam kumpulan dan ikhlas kepada Allah akan dipuji oleh Allah. Mereka juga akan dilimpahi rahmat oleh Allah.
# Orang yang membaca, mendengar Al-Quran, berzikir dan berkunjung di tempat-tempat pengajian atau ibadah, akan dilapangkan dadanya dan ditenteramkan hatinya daripada masalah-masalah dunia.
# Orang yang membaca dan mendengar Al-Quran, berzikir, berdoa dan berkunjung di tempat-tempat pengajian atau ibadah, nescaya Allah akan sentiasa bersamanya dan orang tersebut akan lebih khusyuk beribadah kepada Allah
# Orang yang membaca dan mendengar Al-Quran, berzikir, berdoa dan berkunjung di tempat pengajian atau ibadah dengan ikhlas hatinya, maka dia dapat mendidik nafsunya ke arah jalan kebaikan dan diredhoi Allah.
# Memperolehi pahala dan rahmat Allah dari membaca al-Quran dan berzikir kepada Allah Ta’ala, Dalam masa yang sama Allah akan menambah ilmu pengetahuan agama, menguatkan iman orang tersebut. Al-Quran dan berzikir merupakan penawar bagi hati yang paling mustajab.

~Only Allah Knows Everything~

Friday 4 November 2011

Allah lebih mengetahui apa yang terbaik

Assalamualaikum....
Alhamdulillah...
Allah telah memberi petunjuk...
Walaupun ianya sakit untuk diterima...
Aku tahu...
Ada hikmahnya...
Terima kasih Ya Allah...
Engkau telah menyedarkan diriku...
PemberianMu ini memberiku semangat untuk menapak lebih jauh...
Walaupun ianya tidak sebesar seperti yang ku harapkan...
Aku bersyukur...
Terima kasih Ya Allah...
Engkaulah yang Maha Besar...
Hanya Engkaulah yang lebih mengetahui apa yang terbaik untuk diriku...
PemberianMu ini telah membuka mataku...
Untuk menyedari dari segala kekhilafan...
Untuk menyedari dari segala kealpaan...
Untuk menyedari dari segala kesesatan...
Terima kasih Ya Allah...
Sesungguhnya diriku ini tidak jemu untuk mengucapkan syukur kepadaMu...
Aku mohon kepadaMu Ya Allah...
Berikanlah aku kekuatan...
Supaya aku lebih kuat untuk menghadapi segala dugaan,cabaran dan ujian...
Aku mohon padaMu Ya Allah...
Ampunkanlah diriku...
Ampunkanlah hambaMu yang kerdil ini...
Ampunkanlah ibu dan bapaku...
Ampunkanlah keluargaku...
Ampunkanlah guru-guruku...
Ampunkanlah  rakan-rakanku...
Ampunkanlah semua hambaMu...
Amin...


saya tahu,apa yang Allah berikan adalah yang terbaik...
saya reda...
saya terima segalanya dengan hati yang terbuka...
saya tahu,tidak semua perkara kita akan dapat...
yang utamanya usaha itu sangat penting...
saya akan cuba lagi...
peluang itu sentiasa ada buat saya...
saya percaya...
sesungguhnya hanya Allah sahaja yang tahu apa yang yang terbaik...
kerana...
hanya Dia sahaja yang mampu memberikan yang terbaik untuk semua...
Wallahualam...