Monday 26 December 2011

Saya sangat merindui dia !

Assalamualaikum....

Bismillahirrahmanirrahim....

"Ya Allah ya Tuhanku...sesungguhnya aku sangat merindui sahabatku yg satu ini ya Allah..
Begitu cepat Kau menghantarkannya kepadaku,begitu cepat juga Kau mengambilnya dari ku.
Sedihnya ya Allah..sakitnya hatiku seperti dilapah dan disiat-siat. Ampunkan sahabatku ya Allah..ampunkan segala dosa beliau ya Allah...jauhilah beliau dari sakitnya siksaan kubur ya Allah..tempatkanlah beliau dalam kalangan hamba-hambaMu yg beriman. Amin...

Saya mempunyai seorang kawan. Namanya Maizatul Asma binti Abdullah. Saya mengenali beliau sejak zaman sekolah tadika lagi. Tapi masa tu tak lah terlalu rapat. Kenal-kenal macam tu je. Start darjah 3,saya pindah sekolah dekat rumah mama (sebelum ni sekolah dekat rumah atok ). So,saya fikir saya dan beliau takkan berjumpa lagi. Masuk tingkatan dua, saya sekolah balik dekat rumah atok . Masa tu saya jumpa beliau lagi dan ktorang satu kelas. Mula-mula tu saya tak rapat sangat dengan beliau. Then,bila exam,ktorang duduk dalam top 3..so masa tu baru ktorang baik..masa tu masing-masing tengah bersaing..ktorang fight sampailah ktorang form 5...lamekan? Tapi,ktorang masih lagi rapat gitu-gitu aje...gaduh-gaduh sikit tu ade la...tapi still lagi baik..
Cerita ktorang rapat bermula bila habis je exam SPM..
One night,dia mesej saya.

 Beliau tulis " Ayin,jom amek lesen same-same nak tak?"
Kebetulan,saya memang nak amek lesen mase tu. So saya pun setuju. Start pada tu la saya n beliau rapat. Masa tu,macam-macam cerita ktorang kongsi. Segala masalah ktorang share same-same. Kadang-kadang dia datang rumah saya,kadang-kadang saya datang rumah dia...begitulah seterusnya...
Bila result SPM dah keluar,saya n dia dapat result yg sama...suka la masa tu sebab fair and square walaupun dua-dua jatuh sikit..tapi ktorang cool jek,, ^_^
Ditakdirkan pula ktorang dapat tawaran sambung belajar dekat tempat yg sama,UiTM Jengka . Program pun sama ! Happy betul masa tu ! Masa tu,ktorang lagi rapat...
Ktorang wat medical check up same-same.
Ktorang setelkan PTPTN same-same. 
Semuanya same-same.

Semuanya berubah bila....
Satu hari saya dapat berita yg beliau eksiden.
 Masa tu semiggu sebelum mendaftar UiTM...
Saya terkejut n ingat ke eksiden ringan-ringan.
So sy terus mesej dia. No respon.
Malam tu,saya dapat mesej dari salah seorang kawan saya yg menyatakan bahawa beliau KOMA.
MasyaAllah...tersentap terus hati saya. Saya tak percaya .Masa tu saya terus mesej ayah beliau.
Last2 ayah dia bagitahu yg dia kena pindahkan dekat HKL ( Hospital Kuala Lumpur) .
Risaunya saya masa tu. Setiap hari saya mesej ayahnya untuk tahu perkembangan beliau. 
Tapi jawapan tetap sama...masih tak sedarkan diri...
Masa mula-mula daftar dekat UiTM,sayu je hati rasanya..bukan tak suka,tapi lagi best kalau beliau ada sekali dengan saya..tapi saya kata dekat hati saya,takpe,beliau sedar nanti beliau akan berada dekat dengan saya.
Tiga bulan saya tunggu beliau...tak ada respon juga. Paling sedih masa hari lahir beliau...beliau masih tidak sedarkan diri...kesiannya ya Allah...tentu beliau sangat menderita ketika itu..

Masanya sudah tiba...
Masa tu saya baru balik dari camping dekat gunung senyum. Masa tu dalam bas. Saya on handphone. Masa kem ktorang tak boleh bawak fon. Tapi saya bawak je,cuma tak on je,.
Saya dapat satu mesej dari ayah beliau..
Ayah beliau kata beliau telah kembali ke rahmatullah...
Masa tu ya Allah,...hanya Allah saja yg tahu perasaan sy..
Dalam bas tu jugak sy menangis..
Sedihnya sehingga tak boleh diungkap dengan kata-kata.
Sampai saja bilik,sy menangis sepuas-puasnya.


Banyak sangat benda yg sy nak beritahu beliau. Banyak sangat cerita sy nak kongsi dengan beliau. Banyak perkara yg saya terkilankan...
Banyak sangat...
Saya sangat merindui beliau..
Saya sangat menyayangi beliau..
Sampai sekarang saya masih terasa yg beliau ada lagi..
Rindu sangat-sangat.. ;'(
Menangis keluar air mata darah pun tak guna..
Beliau tetap tak kembali...
Saya hanya mampu berdoa dan sedekahkan al-Fatihah kepada beliau..
Al-Fatihah....


I miss you like crazy my friend.. ;'(
Allahyarhamah Maizatul Asma binti Abdullah












































No comments:

Post a Comment