Friday 21 October 2011

CURANG

Assalamualaikum....


Hi blogger ! The topic is CURANG . Saya pasti , anda pernah dengar perkataan curang kan ? Jadi , tak perlulah saya mendefinisikan apa itu curang . Banyak kisah pasangan curang yg saya dengar di luar sana . Tak perlulah kita mengambil contoh dari luar negara . Kita ambil contoh dari negara kita sendiri .




Lihat keratan akhbar di atas..yang sudah khawin pun boleh curang . Apa yg berada di fikiran mereka ? Curang adalah sesuatu yg sangat dibenci oleh org ramai . Namun begitu , seramai manalah org yg membencinya ?




Ini adalah fenomena yg kerap kali berlaku pada zaman ini . Isteri curang dengan suami . Tak tahu ke di mana letaknya syurga seorang wanita apabila sudah berkahwin ?


Luahan hati seorang anak ;
Without a name said " Assalamualaikum... Saya menghadapi satu masalah keluarga. Saya dibesarkan oleh ibu saudara saya. Saya menyayangi ibu saudara saya seperti ibu saya sendiri malah, saya memanggilnya dengan panggilan 'ibu'. Saya tinggal di Kuala Lumpur manakala ibu tinggal di Melaka. Tetapi, saya kerap pulang ke kampung ataupun menghubungi ibu, ayah ataupun adik. Masalahnya, ibu saya kini menjalin hubungan dengan beberapa orang lelaki diluar pengetahuan ayah saya. Untuk pengetahuan, ini adalah perkahwinan ibu saya yang ketiga.Ibu berumur 43 tahun yg mana sebaya dgn ayah.Ibu mempunyai 4 orang anak. Yang pertama, seorang perempuan tinggal di Klang. Dua daripadanya masih bersekolah dan yang terakhir masih berumur 3 tahun. Ayah saya seorang yang amat bertanggungjawab. Sepanjang perkahwinannya dgn ibu, segala keinginan ibu dituruti sehingga kini terpaksa menanggung hutang dengan beberapa bank tidak termasuk hutang rumah. Saya sendiri menanggung hutang bank untuk ibu. Malahan setiap bulan anak sulongnya juga mengirimkan wang sebanyak RM300. Untuk menunaikan permintaan ibu, ayah yg hanya bekerja jawatan rendah di jabatan kerajaan, melakukan kerja-kerja tambahan seperti mengecat rumah dan mengubah suai rumah. Akibatnya, keadaan kesihatan ayah semakin kurang memuaskan kerana terpaksa bekerja keras disamping menghadapi masalah penyakit kencing manis, darah tinggi, dan jantung. Dan kerana keadaan kesihatan juga, saya mendapat tahu yang ayah tidak dapat menunaikan nafkah batinnya dengan sempurna. Baru-baru ini, ibu meminta izin ayah untuk melawat ank sulongnya seorang diri. Ayah yg percaya pada ibu, membenarkannya. Mujur saya ada mengaktifkan perkhidmatan 'Friend Finder' pada telefon ibu, jadi saya dapat mengekori ibu. Dan akhirnya, saya bersama tunang saya dan anak sulong ibu dan bakal tunangnya, dapat menangkap ibu bersama seorang lelaki didalam sebuah bilik hotel murah dalam keadaan yang amat memalukan.Ibu mandakwa yang dia dipukau.Tetapi saya tidak percaya tetapi anak sulong ibu mempercayainya. Kerana sayangkan ibu, saya merahsiakan hal itu dari ayah memandangkan ibu pun berjanji tidak akan mengulanginya lagi. Tetapi, malangnya, saya mendapat tahu yang ibu masih berhubungan dengan lelaki-lelaki lain. Ibu semakin kerap bermain mesej dan bergayut ditelefon apabila ayah tiada di rumah. Untuk pengetahuan, ibu saya membuat kuih untuk dihantar ke kantin untuk membayar hutang kereta Proton Saga yang baru dibelinya walaupun ayah sudah mempunyai kereta. Sebelum itu, ibu memiliki kereta kancil. Malangnya kini, duit hasil jualan kuih yang sepatutnya untuk bayaran kereta digunakan untuk top-up menyebabkan ayah terpaksa mencari duit untuk membayar kereta. Sehinggakan adik yang bersekolah mengadu akan sikap ibu pada saya. Keadaan lebih mengusutkan fikiran saya apabila ayah juga mengadu kepada saya akan perubahan sikap ibu. Saya sangat buntu. Ibu saya seorang yang amat sukar untuk dibawa berbincang kerana setiap kali dia melakukan kesilapan, dia akan meletakkan kesalahan pada orang lain. Tambahan pula dia seorang yang amat bijak berkata-kata. Masalahnya kini, anak sulong ibu yang bekerja di lautan agak sukar dihubungi dan lebih mempercayai ibunya. Adik yang bersekolah pula tertekan dengan sikap ibu sehingga menghantukkan kepala pada cermin dan terpaksa dimasukkan ke hospital. Ayah juga tertekan kerana menghadapi masalah kewangan. Disamping itu, ayah pernah cuba berbincang dengan ibu tetapi ibu mengambil tindakan yang tak disangka dengan meminum sebotol ubat batuk. Oleh itu, ayah tidak sampai hati untuk menyuarakan perasaan dan masalahnya walaupun ibu berkali-kali mengatakan yang dia sudah tawar hati pada ayah. Tolonglah saya. Di saat anak sulong ibu ingin bertunang pada disember ini dan saya ingin melangsungkan perkahwinan pada awal tahun hadapan, hubungan ibu dan ayah pula bermasalah. Saya amat mengharapkan pandangan dan tunjuk ajar. Sekian. Wassalam."


See ? Ini luahan hati seorang anak terhadap ibunya yg curang . Perasan tak , pasangan curang byk datang dari seorang wanita . Saya tidak berniat utk jatuhkan martabat seorang wanita , tapi , itulah hakikatnya yg terpaksa kita terima walaupun saya juga seorang wanita . Namun begitu , saya tahu , masih ramai lagi wanita yg still taat kepada suami . Bila isteri baik , si suami pulak buat hal . Nampaknya sampai bila la masalah ni tak selesai .


Saya tak ada pengalaman curang atau dicurangkan . Tapi saya tahu macam mana sakitnya hati kita bila kita tahu pasangan kita curang . Setia bagai nak rak,tibe2 dapat tau pasangan kita curang . Tapi untuk topik curang nih kita tak boleh salahkan sebelah pihak . Tak kisahlah laki ke pompuan sebab dua2 tu saya rasa sama je . So fair and square la .




Tak nak perkara di atas terjadi kepada diri kitakan ? Jadi , berhati-hatilah memilih pasangan . Tapi kena fahami jugak konsep 'berhati-hati' and 'demand' . Berdoalah supaya kita dijauhi perkara-perkara mungkar itu . Isteri-isteri dan suami-suami di luar sana,sayangilah pasangan anda sepenuh hati . Say no to curang . Kepada pasangan yg sedang bercinta atau baru berjinak-jinak dengan dunia cinta,kita kena ingat,secinta-cinta kita pada pasangan kita,tu hanya sementara saja . Tiada cinta yg kekal melainkan cinta kepada Allah . Jadi , sebelum menyayangi pasangan kita , haruslah kita menyayangi Allah,keluarga dan diri sendiri terlebih dahulu . Dan muhasabah diri itu sangat penting . Apa-apa pun , Only Allah Knows Everything . Wasalam .

2 comments:

  1. Salam kenal....Taku baca cerita2 kat atas...mintak Allah jauhkan....Bila Ugama diketepikan inilah jadinya..

    ReplyDelete
  2. Wasalam..mohon supaya kita dijauhkan drpd perkara2 macam ni.. :)

    ReplyDelete